Maklumat NADI

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Kuala Selama

amila

Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke portal Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Kuala Selama

 

PENGENALAN

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intellingence Sdn.Bhd.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional sebelum ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komunikasi telah dibangunkan sejak seawal tahun 2010 dimana setiap daerah didirikan dua atau tiga bangunan pusat jalur lebar. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital didalam kalangan komuniti setempat terutamanya dikawasan luar bandar. Sebanyak  12 Pusat Jalur Lebar Komuniti Rintis untuk Fasa Rintis, 73 Pusat untuk Fasa 1, 52 Pusat untuk Fasa 2, 36 Pusat untuk Fasa Felda dan 110 Pusat untuk Fasa 4, telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

LOKASI   

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg.Kuala Selama terletak di kawasan Pekan Selama,Kedah. Dibuka pada 23 September 2013. Lokasinya adalah bersebelahan dengan Balairaya Kg.Kuala Selama dan juga Tabika Kemas. Laluan masuk ke dalam kawasan ini terletak kira-kira 200 meter dari laluan utama jalanraya menghala ke Selama,Perak.
 

VISI     

Menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Kuala Selama sebagai gedung tanpa had untuk segenap pencarian ilmu serta pusat utama untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan agar visi untuk menjadikan masyarakat yang celik “ICT” tercapai.
 

MISI     

– Memberi pendedahan dan meninggalkan mutu pengetahuan ICT di kalangan penduduk Kg.Kuala Selama.

– Membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

– Memastikan para pengguna menikmti perkhidmatan yang memuaskan dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

– Menjalinkan hubungan kukuh dua hala antara pengguna dan penyelia perkhidmatan dan juga usaha antara Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan masyarakat setempat.

 

PETUGAS NADI KG KUALA SELAMA

PENGURUS

Khairun Amila binti Abd Wahid 

(Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran)

 

1eb2b6ba 5b8f 48d0 8ede b8682348e79a

PENOLONG PENGURUS

Nur Ayuni binti Mohd Azlan

(Ijazah Sarjana Muda Sains (Teknologi Maklumat))

ALAMAT

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Kuala Selama

Kampung Kuala Selama,

Selama,

09800 Serdang,Kedah

 

WAKTU OPERASI

Ahad – Sabtu

9.00 Pagi – 6.00 Petang
(Dibuka setiap hari. Namun, ditutup pada hari cuti kelepasan am)

 

WAKTU REHAT

1.00 Petang – 2.00 Petang (Sabtu-Khamis)

12.30 Tengahri – 2.30 Petang (Jumaat)

 

SEBARANG URUSAN BERKAITAN KURSUS/RUNDINGAN BENGKEL, SILA BERKUNJUNG KE NADI KG KUALA SELAMA, ATAU HUBUNGI PETUGAS PADA WAKTU OPERASI NADI MELALUI CALL/WHATSAPP/SMS :

Puan Amila (012-4476321)

Cik Ayuni (014-3695411)

 

LAMAN WEB PORTAL

http://kgkualaselama.pjk.com.my/

LAMAN WEB FACEBOOK PAGE

https://www.facebook.com/KgKualaSelama/