Pelancongan & Tempat Bersejarah

Telaga Gergasi

telaga gergasi

‘Telaga gergasi’ sedalam kira-kira 18 meter di Kampung Bagan Baharu yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah.Dari sungai di atas sungai, dengan deruman terjunan air yang menggerunkan ianya telah dibina pada tahun 1936 oleh pihak British. Airnya dialirkan dari sungai atas sungai kemudian memasuki ke dalam Telaga Gergasi dan melalui saliran di bawah tanah lalu menembusi menjadi sungai bertemu ke sungai Ijok terus ke Tasik Bukit Merah

Pengaliran air ke Tasik Bukit Merah itu sangat penting sehingga kini bagi pengairan kawasan sawah padi di daerah Kerian.

Teknologi British yang dibina itu pada asalnya berfungsi untuk memindahkan hasil bijih timah melalui sungai, namun ciri mo­den binaan tersebut secara tidak langsung dapat mengelak hakisan tanah daripada termendap di Tasik Bukit Merah setelah dibawa aliran air.

Namun begitu, sekiranya bertuah, anda boleh menyaksikan biasan pelangi pada arus deras yang memasuki telaga gergasi tersebut.