mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Kuala Selama

Pusat Internet 1Malaysia Kg Kuala Selama ditubuhkan pada awal bulan April 2013 atas permintaan penduduk kampung setempat. Populasi penduduk di Kg Kuala Selama majoritinya adalah kaum Melayu, manakala selebihnya adalah kaum Cina dan India. Pusat Internet 1Malaysia Kg Kuala Selama diuruskan oleh dua orang kakitangan iaitu Pengurus dan Penolong Pengurus yang bertanggungjawab menguruskan operasi pusat internet ini. Pusat internet ini mula beroperasi sepenuhnya pada 23/September/2013 dimana pengurusnya, Puan Nur Andillah Bt Shamsudin dan penolong pengurus adalah Mohd Shaifulanswar Bin Ramlee.Pusat Internet Kg Kuala Selama telah dirasmikan oleh Yg Berhormat Dato` Norsabrina Mohd Noor,ADUN Bandar Baharu Kedah

Pada awal tahun 2014,pengurus pusat internet ini di ambil alih oleh pengurus yang baru iaitu Cik Fadlina Bt Ismail dan penolong pengurusanya ialah Nur Atikah Bt Ramlee.