Keusahawanan

Pro Zas Enterprise (PG 03332348-T)

label

Saya bermula dengan membuat kuih-muih dan kerepek di rumah.Disebelah malam, saya menjual burger di kawasan rumah. Untuk memperkenalkan produk jualan, anak-anak menyuruh saya untuk membuka akaun FB dimana saya boleh memperkenalkan produk jualan dengan lebih meluas. Pada mulanya, saya hanya menjual kuih muih di dalam kawasan Selama, dan Serdang sahaja. Sejak mempunyai akaun FB, ramai kawan yang turut membantu mempromosikan kuih muih yang saya buat. Sejak itu, tempahan kuih semakin banyak dan meluas seperti Langkawi, Alor Setar, Ipoh dan tempat-tempat lain lagi.

Apabila perniagaan semakin mendapat sambutan, saya mula memikirkan cara lain untuk menambah bilangan pelanggan iaitu dengan mempunyai packaging yang menarik, biz kad, sticker produk dan perlu menyediakan kertas kerja perniagaan untuk mendapatkan pinjaman. Oleh itu, saya telah mengikuti beberapa kelas komputer di Pusat internet untuk belajar menyediakan semua keperluan diatas. Selain itu, saya juga diajar bagaimana untuk menggunakan FB dengan lebih berkesan.