mcmc
Maklumat Komuniti

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN TAGLINE KEMPEN KESEDARAN COVID-19

75174682 10157986754763884 2437414091202623151 o

Anda berumur 15 tahun ke atas?

Ingin menyumbang idea kepada negara?

Mari bersama-sama sertai pertandingan mencipta logo dan tagline sempena Kempen Kesedaran COVID-19.

Logo dan tagline yang terpilih akan digunakan sebagai identiti rasmi sepanjang Kempen Kesedaran COVID-19 yang akan dilancarkan sebelum akhir Julai 2020.

Hadiah bagi pemenang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tarikh tutup adalah pada 10 Julai 2020.

Maklumat lanjut dan syarat penyertaan boleh didapati di www.kkmm.gov.my atau www.penerangan.gov.my.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

#KKMM
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#KomunikasiKita
#StayAtHome
#JabatanPenerangan