| Tarikh : | 23/08/2025 (Sabtu) |
| Masa : | 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Peserta : | 7 Peserta |
| Lokasi : | NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas konsep reka bentuk, memahami proses pembentukan idea secara sistematik, serta menggalakkan kemahiran berfikir kreatif dan inovatif dalam menghasilkan reka bentuk yang lebih berkesan.
Aktiviti yang dijalankan :
Aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi pengenalan mengenai konsep asas reka bentuk, penerangan teori oleh penceramah jemputan, tayangan slaid interaktif, perkongsian contoh-contoh hasil reka bentuk, perbincangan tentang proses pembentukan idea, serta sesi soal jawab bersama peserta bagi mengukuhkan pemahaman.