mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2018 – HARI BERSAMA KOMUNITI Pusat Internet Kg. Kuala Selama 2018

Tarikh :  6 Oktober 2018 (SABTU)
Masa :  8:30 AM hingga 1:00 PM
Lokasi

:  PI KG. KUALA SELAMA

Tujuan :

HARI BERSAMA KOMUNITI dijalankan bagi mendekatkan lagi komuniti sekitar dengan Pusat Internet Kg. Kuala Selama. Program dan taklimat berkaitan perkhidmatan Pusat Internet yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Selain itu, bengkel eRezeki disediakan untuk peserta yang berminat menjana pendapatan secara atas talian. Advokasi KLIK DENGAN BIJAK juga turut dijalankan sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah siber dan membudayakan penggunaan internet secara positif.

Aktiviti

Peserta hadir seawal jam 8:30 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, pameran agensi, demo masakan sihat dan cepat, jualan makanan dan minuman, taklimat Dashboard Komuniti / KLIK DENGAN BIJAK dan kempen Mobile E-Waste. Aktiviti dijalankan serentak pada jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengahari. Peserta juga disediakan goodies, cabutan bertuah, sarapan pagi dan makan tengahari. Dif-dif jemputan hadir pada jam 12:30 tengahari untuk upacara merasmikan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan menutup HARI BERSAMA KOMUNITI Pusat Internet Kg. Kuala Selama.

Gambar Disini