Tarikh | : 22 Disember 2018 (SABTU) |
Masa | : 8.00 AM hingga 1.00 PM |
Lokasi | : PI Sungai Batu |
Tujuan :
Program JOM SIHAT bersama Pusat Internet dijalankan untuk memberi pengetahuan dan memupuk sikap warga setempat tentang cara hidup sihat dan pemakanan sihat serta menghebahkan kepada masyarakat mengenai kemudahan kesihatan yang disediakan di Pusat Internet. Program dan taklimat berkaitan keselamatan pengambilan ubat dan penggunaan My Health yang disediakan boleh dimanfaatkan oleh komuniti seiring saranan untuk mewujudkan masyarakat sihat.
Aktiviti
Pengunjung hadir seawal jam 8:00 pagi untuk mendaftar. Pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan pertandingan menarik disediakan dari pelbagai agensi jemputan seperti pemeriksaan kesihatan, senaman erobik, pertandingan makananan sihat, pertandingan mewarna poster, kuiz My Health, muat naik artikel My Komuniti, pameran kesihatan dan ceramah kesihatan. Aktiviti dijalankan serentak bermula jam 8:00 pagi hingga 1:00 tengahari.