Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Someswary a/p Chendra

220419 2

USAHAWAN DROPSHIP COKLAT BALANG SECARA ATAS TALIAN (HAPPY CHOC, CHOCO CRISPY DAN CHOCOLATE BOUQUET)

Nama : Someswary a/p Chendra
Umur : 17 tahun
Ahli : 2015

Latar belakang

Someswary telah menjadi ahli pusat internet sejak tahun 2015. Somes sering datang ke pusat internet untuk mencari maklumat untuk kerja kursus sekolahnya dan juga mengulangkaji pelajaran. Buat masa sekarang somes masih belajar di Sek. Men. Keb. Dato Hj. Hussein Selama, Perak di tingkatan 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebiasaannya Somes datang ke pusat internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya dan menggunakan kemudahan yang lain seperti fotostat dan mencetak folio. Somes juga biasanya menggunakan internet untuk melayari Facebook dan video di Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri kelas usahawan dan asas computer di pusat internet, Somes mula mencari idea dan produk untuk membuat jualan dropship bagi menambah pendapatan walaupun masih bersekolah. Memandangkan sekarang produk coklat rangup viral, somes menjadi dropship untuk 2 produk coklat rangup iaitu Choco Crispy dan Happy Choc. Selain itu, mengambil tempahan membuat jambangan coklat sebagai hadiah hari jadi dan sambutan perayaan oleh pelanggan.