Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Nur Syafiqah Binti Mat Saad

220419 3

DROPSHIP TUDUNG BAWAL SECARA ATAS TALIAN

Nama : Nur Syafiqah binti Mat Saad
Umur : 20 tahun
Ahli : 2013

Latar belakang

Cik Syafiqah telah menjadi ahli Pusat Internet sejak tahun 2013 lagi dan sering menghadiri program dan aktiviti yang diadakan di pusat internet bersama kawan-kawannya. Sementara menunggu tawaran sambung belajar, Syafiqah sekarang bekerja sebagai pembantu klinik di Selama, Perak dan dalam masa yang sama menjual tudung bawal secara atas talian bagi menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebiasaannya, Syafiqah menggunakan internet untuk mencari maklumat  berkaitan pelajarannya dan juga melayari Facebook, Instagram dan Youtube.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menyertai bengkel-bengkel keusahawanan dan  kelas-kelas asas computer di pusat internet, saya memilih untuk mencuba menjual tudung secara dropship melalui aplikasi wassup dan My Shop.