Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Noor Azlina Binti Mohamad Tajari

q4 3

USAHAWAN TUDUNG SEPENUH MASA, ATAS TALIAN KEROPOK LEKOR , SOS DAN PENIAGA BURGER

Nama : Noor Azlina Binti Mohamad Tajari
Umur : 40 tahun
Ahli : 2013

Latar belakang

Puan Azlina dan suami menjadikan perniagaan tudung di pasar-pasar pagi dan pasar malam  sebagai punca pendapatan sekeluarga.  Beliau juga mempromosi produk beliau secara online melalui Facebook dan Whatapps. Selain berniaga tudung, beliau dan suami juga membuka gerai burger di Selama, Perak di sebelah malam dan menjual Keropok lekor beserta sos secara online.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1,000 – RM2,000 sahaja sebulan. Jualan tudung dan keropok lekor pula tidak menentu. Bergantung kepada trend dan permintaan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kuala Selama, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Beliau berjaya menjual produk beliau di sekitar Selama, Perak, Serdang, Kulim, Bandar Baharu dan juga Pulau Pinang yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM3500.