Keusahawanan

Keusahawanan

aim

 

KEBANYAKKAN KAUM IBU DAN WANITA DI KG KUALA SELAMA MELIBATKAN DIRI DALAM PROGRAM PINJAMAN AMANAH IKHTIAR INI. TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENINGKATKAN MENENGENBANGKAN PERNIAGAAN MEREKA DAN MENAIKTARAF HIDUP DAN EKONOMI KELUARGA

 

 

Pernahkan anda mendengar tentang Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)? Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan Amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. Ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta didaftarkan di bawah Akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Badan amanah yanng berusia kira-kira 24 tahun ini ditubuhkan secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik .

Objektif atau tujuan utama badan ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang  kurang berkemampuan serta secara langsung mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambahkan pendapatan sampingan.

AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia ) kawasan Kg Kuala Selama diadakan setiap hari Jumaat,  dari pukul 10.00 pagi -2.00 petang.Persatuan AIM ini terdiri daripada kalangan kaum perempuan  Melayu dan India.Kebanyakan nya mereka adalah surirumah yang dan peniaga kecil-kecilan

Contoh Kegiatan para Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia

 

 

Hasil Pertukangan

 

IMG 5028

 

 A)Industri Desa (Cottege Industry).

  • Jenis Produk Bakeri (Kek Dan Pastri)

Latar Belakang Pemilik:

Salah seorang usahawan tempatan yang berjaya di kawasan kg.kuala selama adalah Rokiah Binti sidek atau dikenali sebagai Kak Kiah.Beliau mula berkecimpung di dalam bidang ini sejak dari tahun 1999 lagi. Pada mulanya,kak kiah hanya memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja.Namun berkat kesungguhan serta keazaman yang tinggi dari dalam diri kak kiah sendiri,lama kelamaan beliau membesarkan perniagaannya dengan membesarkan kedai beliau pada tahun 2003. Beliau sentiasa berpegang pada prinsip bahawa ilmu dan pengetahuan di dalam bidang yang diceburi sangatlah penting untuk berjaya menyebabkan beliau sentiasa mengikuti latihan dan kursus-kursus yang  di anjurkan oleh Jabatan Pertaniaan. Dalam masa masa yang sama beliau juga mengikuti Kursus Keusahawanan yang di adakan oleh  MARA. Selain itu, masa-masa yang terluang turut di isi dengan mengikuti kelas yang di anjurkan oleh kedai-kedai kek yang berdekat.

 

kedaikiah

kedaikiah2kedaikiah3

     Antara jenis-jenis biskut yang dijual                            Antara gubahan dan bekas gubahan yang terdapat disediakan

                                                                                            untuk disewa

 

B) Perniagaan Perabot Rotan.

Perniagaan ini dijalankan oleh seorang usahawan tempatan yang berbangsa cina.Tarikan utama yang menyebabkan ramai pengguna perabot antik datang kesini kerana mutu dan hasil buatannya yang berkualiti dan baik.Disebabkan itu jugalah,perusahaan perabot rotan yang dijalankan di kg.kuala selama ini semakin hari semakin berkembang dan bertambah maju.

Lokasi

  • Pekan Selama,Kedah.

Keistimewaan kedai perabot

  • Menyuarakan pendapat dan citarsa bagaimana perabot yang dikehendaki.

Waktu Operasi

  • Setiap hari (9.00pagi – 6.00 petang)
  • Cuti: Ahad

rotanrotan2

 

C) Pekan Hari Selama Kedah.

Pekan hari selama merupakan pekan dimana para perniaga adalah terdiri daripada masyarakat setempat dan penduduk kampung-kampung berdekatan. Pekan hari Selama bukan sahaja dapat meningkatkan taraf ekonomi peniaga malahan dapat memudahkan masyarakat setempat untuk membeli barangan yang diidamkan. Secara tidak lansung kewujudan  Pekan Hari Selama Kedah telah melahirkan ramai usahawan dan menjadikan pola dalam bidang keusahawanan meningkat.

 Fungsi Pekan Hari Selama Kedah adalah sama dengan Pasar Malam ditempat-tempat lain, apa yang membezakan namanya adalah kerana waktu pengoperasiannya yang bermula lebih awal dan tamat lebih awal

 

Barang-barang jualan

  • Makanan
  • Segala jenis pakaian
  • Bahan-bahan mentah
  • Bahan-bahan kering

Waktu Operasi

Khamis

  • Dari jam 2.00petang -7.15malam