Program eNTERWIP 2.0 ini turut digerakkan bersama oleh Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), GIATMARA, MARA Wilayah Persekutuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TM, MyNIC, 11thStreet, Mudah.My, SenangPay, TV-Alhijrah serta lain-lain agensi samada terdiri dari sektor kerajaan, koporat, swasta atau persendirian.
Pihak MCMC merasakan konvensyen ini amat bermanfaat dan dapat memberi peluang untuk menambah pengetahuan dalam bidang keusahawanan atas talian khususnya kepada usahawan-usahawan atas talian di Pusat-Pusat Internet seluruh Malaysia.
Justeru, pihak MCMC mengesyorkan Pengurus/Penolong Pengurus PI1M bersama komuniti PI1M terutamanya golongan usahawan atas talian yang berminat untuk menyertai program ini. Maklumat tentang konvensyen ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 1 – 2 Oktober 2016 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 10:00 pagi – 05:00 petang
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat : YB Datuk Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan