Kisah Kejayaan

CELIK IT – Muhammad Farid Bin Rasyid

Muhammad Farid bin Rasyid

KELAS DAN PROGRAM ICT

Nama : Muhammad Farid bin Rasyid
Umur : 18 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Muhammad Farid akan hadir ke pusat internet hampir setiap hari di sebelah petang dan hari minggu untuk menggunakan internet dan membuat rujukan. Dia tidak tahu bagaimana untuk menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik. Selain itu, dia juga tidak pernah menggunakan perisian Mic. Off dan lain-lain aplikasi sebelum ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Farid tidak cekap menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan baik. Terutama fungsi-fungsi yang terdapat pada papan kekunci. Selain itu, kebiasaannya melayari internet melalui telefon pintar sahaja dan jarang menggunakan komputer. Oleh itu, dia tidak tahu bagaimana untuk muat turun dan muatnaik media, menyunting gambar, mencetak laporan, mencari maklumat dengan tepat dan cepat serta menggunakan Mic. Off. Software terutamanya Mic. Off. Word.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Farid lebih yakin dan tahu serba sedikit fungsi-fungsj pada tetikus dan papan kekunci dengan lebih baik. Sebagai contoh, sekiranya tekan tetikus ‘right click’ apa yang akan berlaku kerana jarang pelajar menggunakan button ‘right click’ melalui aplikasi Typing Master untuk berlatih menaip dan menggunakan papan kekunci dengan baik. Dia juga terlibat di dalam Bengkel eUsahawan anjuran Pusat Internet Kg. Kuala Selama bersama GiatMara Larut selama hampir 2 bulan dan sangat aktif di dalam setiap bengkel yang diadakan.