Aplikasi ini adalah hasil usahasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Ia merupakan aplikasi mudah alih pertama bagi Al-Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di Malaysia sertai diperakui dari segi kesahihan maklumatnya. Diharapkan aplikasi Smart Qur`an ini akan dapat dimanfaat dan menjadi rujukan yang sah kepada umat Islam seluruhnya.