| Tarikh : | 31/07/2025 (Khamis) |
| Masa : | 9.30 pagi- 11.00 pagi |
| Peserta : | 2 Peserta |
| Lokasi : | NADI Kg Kuala Selama |
Tujuan :
Kelas Masak Minggu Ke-2 , Para peserta didedahkan dengan tajuk “Mesin dan Peralatan Masak di NADI, Amalan Kesihatan dan Keselamatan serta SOP Kelas Makanan”. Pengajar menerangkan fungsi dan cara penggunaan peralatan dapur yang terdapat di NADI dengan betul dan selamat. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan tentang amalan kebersihan diri, keselamatan di dapur, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi semasa menjalankan aktiviti memasak.
Aktiviti yang dijalankan :
Aktiviti yang dijalankan dalam kelas masak minggu kedua termasuklah sesi mendengar penerangan daripada pengajar berkaitan topik-topik seperti mesin dan peralatan masak di NADI, amalan kesihatan dan keselamatan, serta SOP kelas makanan. Pengajar turut menggunakan paparan slaid sebagai bahan bantu mengajar bagi memudahkan pemahaman peserta. Sesi diakhiri dengan soal jawab bagi memberi ruang kepada peserta untuk bertanya dan berkongsi pandangan.